Monday, December 3, 2007

Isu Pekerja Asing Melebihi Penduduk Taman Peruna



Pegawai Daerah Melaka Tengah, Roslan Ibrahim membuat lawatan dalam melihat isu yang telah berlaku di Taman Peruna, Sungai Udang, Melaka.


Dalam lawatan beliau, didapati pekerja asing dari Bangladesh telah ditempat di dalam kedai yang diduduki seramai diantara 20- 30 orang.







Lawatan ini turut disertai oleh pihak polis, Imigrisen, Jabatan Tenaga Kerja dan wakil Jabatan Hal Ehwal Khas(JASA) Melaka, Abdul Jameel Abdul Jabbar.


Ceramah Perdana Kenegaraan dan Kemerdekaan




Pada 2 Disember 2007, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Melaka mengadakan satu program Ceramah Perdana sempena Perkampungan Hadhari Peringkat Negeri Melaka yang telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Abdulah Ahmad Badawi pada 1 Disember 2007.

Ceramah ini diadakan berkaitan penuh dengan prinsip ke 3 Islam Hadhari iaitu Rakyat Berjiwa Merdeka.

Pendengar yang hadir seramai 300 orang terdiri daripada pelajar-pelajar Matrikulasi Londang, Akademi Laut Malaysia dan penduduk-penduduk di Kampung Pengkalan Balak.

Anjuran Ceramah Perdana mendapat kerjasama bersama Jawatankuasa Keselamatan Kampung Pengkalan Balak.





Turut hadir dalam ceramah ini adalah Ahli Parlimen Masjid Tanah, YB Datuk Wira Abu Seman Yusof, Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara, YB Datuk Ab Karim Sulaiman dan Pengarah JASA Negeri Melaka, Datuk Othman Mohamad.