Monday, January 7, 2008

Forum Islam Hadhari di DUN Sungai Rambai

Penceramah yang yang memberi ceramah


Program :Forum Islam Hadhari Peringkat DUN Sungai Rambai
Tarikh : 6 Jan 2008Jam : 9.00 Mlm
Tempat : Balairaya Kampung Parit Benteng
Perasmian : Ahli Parlimen Jasin,Datuk Haji Mohd Said Haji Yusof

Pengerusi Panel:
Ustaz Mohd Fauzi Mustafa(Penceramah Bebas)

Penceramah:
1. Ustaz Lukman Zulkifli(Pensyarah Kanan Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UiTM Johor)
2. Ustaz Abdullah Sulaiman(Pengarah Pusat Kajian Kemanusian dan Komunikasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia)

Anjuran
Sekretariat Islam Hadhari,Parlimen Jasin, Jabatan Hal Ehwal Khas(JASA) Negeri Melaka, Biro Agama UMNO Bahagian Jasin

Penduduk di sekitar turun padang mendengar ceramah

Kehadiran : Seramai 300 orang penduduk

Objektif Forum
- Bertujuan untuk mengupas maksud prinsip-prinsip dalam Islam Hadhari
- Menerangkan pengertian sebenar Islam Hadhari
- Memberi kefahaman kepada penduduk tentang Islam Hadhari
Sumber gambar dan berita daripada : Mohamad Huzaini

Friday, January 4, 2008

Konsert 60-an di Taman Rempah



Pada 24 Disember 2007(Isnin) satu acara bagi menghidupkan Sungai Melaka, Perbadanan Sungai Melaka dan Pantai telah mengadakan persembahan Konsert 60-an di Taman Rempah.

Persembahan Konsert 60an itu telah menjemput kumpulan D-Gempita Band dari Jasin.

Penyanyi utama dikenali sebagai M.Saby dan S. Nita.

Kumpulan ini juga membuat persembahan di majlis-majlis perkahwinan dan acara-acara kerajaan.

Jika berminat silalah hubungi Muslihin(012-235 6958).

Monday, December 3, 2007

Isu Pekerja Asing Melebihi Penduduk Taman Peruna



Pegawai Daerah Melaka Tengah, Roslan Ibrahim membuat lawatan dalam melihat isu yang telah berlaku di Taman Peruna, Sungai Udang, Melaka.


Dalam lawatan beliau, didapati pekerja asing dari Bangladesh telah ditempat di dalam kedai yang diduduki seramai diantara 20- 30 orang.







Lawatan ini turut disertai oleh pihak polis, Imigrisen, Jabatan Tenaga Kerja dan wakil Jabatan Hal Ehwal Khas(JASA) Melaka, Abdul Jameel Abdul Jabbar.


Ceramah Perdana Kenegaraan dan Kemerdekaan




Pada 2 Disember 2007, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Melaka mengadakan satu program Ceramah Perdana sempena Perkampungan Hadhari Peringkat Negeri Melaka yang telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Abdulah Ahmad Badawi pada 1 Disember 2007.

Ceramah ini diadakan berkaitan penuh dengan prinsip ke 3 Islam Hadhari iaitu Rakyat Berjiwa Merdeka.

Pendengar yang hadir seramai 300 orang terdiri daripada pelajar-pelajar Matrikulasi Londang, Akademi Laut Malaysia dan penduduk-penduduk di Kampung Pengkalan Balak.

Anjuran Ceramah Perdana mendapat kerjasama bersama Jawatankuasa Keselamatan Kampung Pengkalan Balak.





Turut hadir dalam ceramah ini adalah Ahli Parlimen Masjid Tanah, YB Datuk Wira Abu Seman Yusof, Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara, YB Datuk Ab Karim Sulaiman dan Pengarah JASA Negeri Melaka, Datuk Othman Mohamad.